Thursday, January 28, 2010

Tugasan1 dan 2 : Kajian Kepustakaan

JURNAL 1

Tajuk Jurnal : The Teaching of Novice Computer Programmers: Bringing the
Scholarly-Research Approach to Australia

Penulis : Tony Clear, Jenny Edwards, Raymond Lister, Beth Simon, Errol
Thompson and Jacqueline Whalley

Sumber : Proc. Tenth Australasian Computing Education Conference (ACE2008),
Wollongong, Australia


Menurut Tony Clear, Jenny Edwards, Raymond Lister, Beth Simon, Errol Thompson dan Jacqueline Whalley dalam jurnal mereka The Teaching of Novice Computer Programmers: Bringing the Scholarly-Research Approach to Australia. Menurut mereka berlaku penurunan kemasukan pelajar dalam bidang IT terutamanya pengaturcaraan komputer. Hal ini berlaku disebabkan kejatuhan perniagaan dalam dot-com, kelemahan pengajaran dalam pengaturcaraan pada peringkat sekolah menengah dan juga imej yang rendah kepada pekerjaan pengaturcaraan komputer.

Para penulis jurnal juga mendapati, bilangan pelajar wanita dalam bidang pengaturcaraan adalah lebih kecil berbanding dengan lelaki. Pendapat ini disokong oleh Edward dan Kay (2001) menyatakan program istimewa dalam universiti telah menyebabkan perubahan kecil berlaku setelah 20 tahun. Dalam laporan yang ditulis oleh McGettrick et al. (2004), para pendidik gagal untuk memperkenalkan program pengaturcaraan merupakan faktor yang membawa kepada kurangnya bilangan pelajar dalam program komputer yang ditawar. Para penulis menyatakan ramai pelajar pengaturcaraan tidak boleh mengaturcara dengan baik seperti mana pensyarah mereka.

Menurut (Chi et al., 1988; Ericsson & Smith, 1991) terdapat berbezaan antara pengaturcara yang mahir dengan yang baru. Pengaturcara yang baru. Pengaturcara mahir boleh mengurus pengetahuan dengan lebih sofistikated dan keluwesan bentuk berbanding pengaturcara baru.

Mereka berpendapat, masalah dalam pengajaran perlu dijadikan masalah penyelidikan. Melalui cara ini, akan dapati membantu memantapkan program dan juga kepakaran pengaturcara terutamanya pengaturcara baru. BRACElet Project First Iteration (2004) merupakan jawatankuasa yang mengkaji pembelajaran permasalahan berkaitan dengan pengaturcara baru sebagai pengkaji dan ketua latihan pengkaji.

Jika dilihat daripada pendapat yang dinyatakan memang terdapat penurunan dalam bilangan pengaturcara komputer di negara kita. Adakah salah sistem pendidikan di negara yang tidak menitik-beratkan kepentingan pengaturcaraan ataupun memang pekerjaan ini tidak disukai oleh pelajar. Jika ditanya apakah pekerjaan yang diminati, rata-rata akan menjawab selain pengaturcara komputer. Sebagai seorang pengkaji, penulis merasakan perlunya dijadikan pengaturcaraan komputer ini dijadikan salah satu mata pelajaran pada peringkat sekolah rendah lagi. Melalui cara ini, program pengaturcaraan akan dikenali, diminati dan sekaligus menjadi pilihan pertama dalam bidang pekerjaan.


JURNAL 2

Tajuk Jurnal : 10 Things I've Learned About Teaching Online

Penulis :

Sumber : September 8, 2009


Menurut penulis jurnal kali pertama beliau berfikir tentang pengajaran dan pembelajaran dalam talian beliau merasakan banyak yang perlu dipelajari, banyak kerja dan beliau sendiri tidak mengetahui makna pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Setelah hampir 5 tahun mempraktikan pengajaran dan pembelajaran dalam talian beliau memperturunkan beberapa persoalan dan dapatan mengenainya.


Antaranya penulis berpendapat p & p dalam talian memerlukan kerja yang banyak. Ini kerana guru perlu memperuntukkan masa yang banyak untuk meletakkan bahan untuk pengajaran. Penulis menyatakan beliau memperuntukan beberapa minggu untuk memyediakan bahan pengajaran dalam talian. Pendapat penulis ini boleh diterima kerana pengulas sendiri mempunyai pengalaman dalam menyediakan bahan p & p dalam talian iaitu menggunakan MOODLE. Bagi menyediakan bahan yang tersusun, pengulas perlu mencari bahan, sebagai contoh mengimbas gambar, menbuat nota dan juga menyediakan soalan. Hal ini memerlukan masa yang agak lama untuk menyiapkannya.


Pengajaran dan pembelajaran dalam talian turut menghadapi masalah tentang perjumpaan bersemuka. Agak sukar untuk memastikan pelajar berada dalam talian pada masa yang tertentu dalam masa yang sama dan pelajar juga pelajar yang tidak mengakses. Justeru itu, adalah agak mudah perjumpaan bersemuka diadakan dengan pelajar. Ini kerana dengan bersemuka, bilangan belajar dapat ditentukan dan sebarang pertanyaan dan persoalan dapat diatasi dalam sesi bersemuka berbanding pengajaran dan pembelajaran dalam talian yang lebih terhad kepada tugasan yang ditetapkan sahaja. Selain itu, guru atau pensyarah yang menggunakan p & p dalam talian ini terpaksa menjawab soalan yang sama berulang-ulang kali. Ini agak merumitkan.


Pengajaran dan pembelajaran dalam talian memiliki banyak kelebihan dan juga keistimewaan berbanding pengajaran di dalam kelas. Contohnya animasi, audio dan video. Walau pun begitu tidak semuanya sesuai untuk digunakan dalam p & p.


Aktiviti 3 : Kajian Analisa Keperluan

Tes

Aktiviti 2 : Isu, Masalah, Penyelesaian dan Cabaran


Fikirkan apakah isu, masalah, penyelesaian dan cabaran dalam salah satu daripada pengajaran pengaturaan dalam pendidikan komputer.




















Isu
Pelajar mudah menjadi bosan dan berasakan kursus pengaturcaraan adalah sukar.
Masalah

Pelajar hilang minat dan keputusan peperiksaan dalam kursus rendah berbanding pengkhususan lain. Antara faktor pendorong:



  1. gaya pengajaran kebanyakan tenaga
    pengajar bagi pengaturcaraan tidak sepadan dengan gaya pembelajaran pelajar

  2. penerimaan
    dan pemahaman pelajar berbeza

  3. ponteng kelas


Penyelesaian

  1. Mengadakan kajian keberkesanan penyampaian oleh tenaga pengajar

  2. Timbulkan minat dan permudahkan cara penyampaian kulian

Cabaran

Memastikan kursus pengaturcaraan ini mudah diterima oleh pelajar adalah lebih tinggi berbanding kursus yang lain


Tuesday, January 12, 2010

Aktiviti 1 : Kaji Mengenai Al-Khawarizmi

Ketokohan sarjana Islam memang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana ketamadunan manusia. Antara sarjana atau tokoh Islam ialah Abu Abdullah Muhammad Ibn Musa. Beliau dikenali sebagai Al-Khawarizmi sahaja (780 - 850) adalah seorang pakar dalam bidang matematik, astronomi dan geografi dari Parsi. Al-Khawarizmi juga dikenali sebagai bapa algebra.

AL-KHAWARIZMI dilahirkan di Bukhara. Nama sebenarnya ialah Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi. Selain itu, beliau dikenali juga sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-karismi, al-Goritmi atau al-Gorism. Nama al-Gorism terkenal pada abad pertengahan. Di negara Perancis pula al-Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism. Di negara Inggeris pula beliau dikenali sebagai Aurym atau Augrim.

Tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. Dicatatkan, beliau meninggal dunia antara 220M dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad kesembilan. Dalam bidang pendidikan terbukti bahawa beliau ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas meliputi bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

Beliau amat terkenal sebagai guru algebra di Eropah dan menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun di Bayt al-Hikmah, Baghdad.

Beliau gemar bekerja dalam balai cerap untuk mendalami ilmu matematik dan astronomi serta pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam.

Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan algebra dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.

Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah:

Sistem Nombor: Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum. ‘Mufatih al-Ulum’ yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.
Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind: Karya ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.
Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah: Diterbitkan pada 820M dan ia mengenai algebra.
Al-Jabr wa’l Muqabalah: Penggunaan secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah: Contoh-contoh persoalan matematik dan mengemukakan 800 soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.

Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan algebra dan hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhur ketika zaman tamadun Islam. Antara karya-karya yang beliau hasilkan ialah Mafatih al-Ulum. Sistem nombor adalah salah satu sumbangannya dan telah digunakan pada zaman awal tamadun Islam.

Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segi tiga sama, mengira luas segi tiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri. Masalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan.

Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falak iaitu pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang.

Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad. Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja. Al-Khawarizmi dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh sarjana Barat. G. Sarton pernah menyatakan bahawa pencapaian-pencapaian tertinggi telah diperoleh oleh orang-orang Timur terutama al-Khawarizmi. Wiedmann pula menyifatkan al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bijaksana. Ini membuktikan al-Khawarizmi telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang matematik dan astronomi.