Thursday, June 24, 2010

Kajian Ke Perpustakaan - Ulasan Buku

Ulasan Buku

PHP & MYSQL online Asas dan Pertengahan: Pengarang Muhamad Rais Abd Halim. Penerbit : Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, 2006. 226 muka surat. ISBN 983-2963-42-7. Ulasan oleh Rahim bin Omar.

Zaman berubah teknologi pun berubah. Sebelum ini pengatur caraan menggunakan HTML begitu terkenal dan digunakan dalam pelbagai organisasi ataupun sekolah. Kini pengatur caraan yang baru pula muncul iaitu PHP. Melalui buku ini, penulis buku ingin memberi pendedahan kepada pembaca terutamanya kepada mereka yang telah memiliki pengetahuan mengenai HTML. Pun begitu, tujuan lainnya ialah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai asa PHP dan MYSQL kepada pembaca yang baru mengenai PHP dan MYSQL. Lengkap dengan langkah demi langkah dan juga tangkapan skrin bagi memudahkan pembaca untuk memahami pengatur caraan PHP.

Apa itu PHP? Penulis menyatakan PHP ialah salah satu bahasa pengatur caraan sebelah server (server-side scripting) yang dibangunkan khas untuk laman web. PHP ialah singkatan bagi Personel Home Page yang diasaskan oleh Rasmus Lerdorf. Pada mulanya ianya hanyalah atur cara yang ringkas bagi mengesan bilangan pelawat ke laman webnya.

Persoalannya mengapa PHP? Mengapa PHP menjadi pilihan? Penulis menyatakan PHP mempunyai kelebihan iaitu dari aspek kemampuan, senang dipelajari, integrasi pangkalan data, kos yang tidak diperlukan, sumber skrip terbuka dan kepelbagaian sistem operasi menyokong penggunaanya. Dalam buku ini penulis menunjuk cara bagaimana pemasangan dan konfigurasi dibuat terhadap apache, php dan MySQL. Teknik yang digunakan ialah menggunapakai perisian third party iatu easyPHP versi 1.8 dan xampp versi 1.5.1.

Penulis memberi contoh yang mudah untuk menulis dan membezakan antara HTML dan PHP. Turut dinyatakan ialah bagaimana PHP boleh digunapakai dalam HTML. Contoh skrip PHP dan HTML

Nama fail : helloworld.php

Echo “Hello”;

?>

Penulis juga menunjuk cara bagaimana menulis PHP bersama HTML

Nama fail : helloworld2.php

---

Hello Word

Echo “Hello World”;

?>

Bagaimana buku ini membantu pengulas dalam mengaplikasi P & P pengatur caraan komputer? Berdasarakan pembacaan pengulas mendapati pada mulanya agak sukar untuk memahami bahasa pengatur caraan. Ini kerana pengulas tidak memiliki latar belakang pengatur caraan. Namun buku ini telah membantu untuk memahami serba sedikit tentang PHP dan yang berkaitan dengannya. Dalam usaha untuk menggunakan PHP untuk membina satu skrip PHP sebagai info dalam portal MOODLE. Contoh skrip pengatur caraan untuk menghasilkan info terkini marquee:

Asas 1

Selamat Datang ke Laman MOODLE SKSBU

Asas 2 - Center

Selamat Datang ke Laman MOODLE SKSBU

Asas 2 – Center (Font)

Selamat Datang ke Laman MOODLE SKSBU


Sesuai untuk Semua

Rujukan

  1. Beginning PHP and MySQL: From Novice to Professional, By W. Jason Gilmore, Apress, Edisi 3,2008

Saturday, June 5, 2010

E-blended/hybrid learning

1) Berdasarkan 5W1H – dapatkan maklumat tentang

a) E-Learning
b) Blended Learning
c) Hybrid Learning

2) Apakah persamaan dan perbezaan ketiga2 konsep diatas?

Monday, February 8, 2010

Aktiviti 4 : LMS

ntitled DocumentTugasan berkumpulan : LMS

  • Berdasarkan 5W1H – dapatkan maklumat tentang Learning Management system
  • Huraikan peranan LMS untuk kursus komputer yang dilakukan secara hybrid / blended learning
  • Kaitkan dengan yang akan pasukan kendalikan

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kumpulan 3 : LMS

S1. Berdasarkan 5W1H – dapatkan maklumat tentang Learning Management system dan Knowledge Management

Learning Management system


LMS adalah singkatan daripada Learning Management System, sebuah web-site yang dipergunakan untuk pembelajaran secara atas talian (online) . ia juga adalah satu sistem penggurusan p&p secara sistematik. Ia menguruskan semua bahan kandungan p&p.

Ciri2;
  • Online, Pengurusan bahan p&P,Penilaian, dan Penyertaan pelajar dan guru
Terdapat berbagai jenis LMS ;
  • Open Source;
  1. Moodle, ATutor, Claroline, Dokes, OLAT, JoomlaLMS, Sakai Projek.

  • Berbayar

    • Score A, WebCT, ANGEL Learning, Blackboard
    • Desire2Learn.
    • ECollege
    • Taskstream


Knowledge management

Satu Proses berkaitan dengan strategi bagi mengumpul dan mendapatkan semula pengetahuan untuk membantu seseorang untuk sesuatu organisasi. -Marquardt (1996)

Pengurusan ilmu (KM) mengandungi satu julat strategi-strategi dan amalan-amalan yang digunakan dalam sebuah organisasi bagi mengenal pasti, mewujudkan, mewakili, mengagihkan, dan membolehkan penerimaan wawasan dan pengalaman-pengalaman. Sedemikian wawasan dan pengalaman-pengalaman terdiri pengetahuan, sama ada dirangkumi dalam individu-individu atau ditanam dalam organisasi proses-proses atau amalan.



























What

Apa

Apakah LMS ? Sistem pengurusan p&p secara sistematik secara atas talian.

Apakah Knowledge management ?

Where

Dimana

LMS telah pesat digunakan di Sekolah, Universiti dan pusat pengajian awan dan swasta.

Contoh ;

UPSI – WebCT.

When

Bila

Bila digunakan? Untuk tujuan p&p, latihan, ujian, pengayaa, pengukuhan dan pemulihan

Why

Kenapa

Mengapa menggunakan LMS? Memudahkan pengurusan p&p secara bersistematik dan mudah dicapai secara online. Modul-modul telah tersedia.

Who

Siapa yang boleh menggunakan LMS , guru murid dan tetamu laman.

Siapa yang akan mendapat faedah ?

How

Maksudnya bagaimana kita berupaya menempatkan dan mengolah semua subjek itu dalam kurikulum yang hendak dihasilkan.



S2. Huraikan peranan LMS untuk kursus komputer yang dilakukan secara hybrid / blended learning


  • “to combine any form of instructional technology (e.g., videotape, CD-ROM, Web-based training, film) with face-to-face instructor-led training.” (Driscoll, 2002)

  • “blended learning combines online with face-to-face learning. The goal of blended learning is to provide the most efficient and effective instruction experience by combining delivery modalities.” (Gray Harriman, 2004)

Ia menggunakan teknologi-teknologi pengajaran dan gabungan model-model rebentuk pengajaran kepada aktiviti-aktiviti pembelajaran


Contohnya;


  • Kajian kes, kelas, ujian-ujian, simulasi dan dalam kumpulan.

Tujuan ;


Menghasilkan pembelajaran yang terbaik, menarik dan menggalakan pembelajaran yang aktif dan bebas ia juga boleh digunakan gabungan di dalam dan diluar kelas kelas. Boleh dijalankan pada bila-bila masa dan mengurangkan penggunaan ruang dan tempat.

Semuanya bergantung kepada kombinasi apanya yang akan di-blended (dikombinasikan) agar suatu tujuan pembelajaran tertentu, dengan syarat persekitaran serta kemudahan belajar yang memungkinkan tertentu dapat tercapai secara optimal. Bagi kita, yang terlibat dalam bidang pendidikan, tentunya akan banyak kombinasi yang bisa kita lakukan, apalagi dengan memanfaatkan tool-tool telekomunikasi yang ada saat ini seperti internet, handphone, dan teknologi informasi lainnya.

S3. Kaitkan Dengan Kursus Yang Akan Pasukan Kendalikan

Kursus yang akan dijalankan adalah berkaitan dengan penggunaan moodle yang akan meibatkan beberapa peringkat dan bahagian;


  • Sebelum Kursus


    • Menganalpasti masalah dengan mengumpul maklumat dan latar belakang.

    • Mengguna knowledge management untuk mendapatkan meklumat peserta.

    • Menyediakan modul dalam bentuk bercetak, online, video dan CD. Menggunakan kaedah Hybrid/Blended

    • Merancang pelaksanaan kursus menggunakan model rebentuk pengajaran menggunakan ASSURE untuk menentukan pemilihan bahan dan teori-teori.


  • Semasa ;
    • Installasi

    • Penggunaan
  • Selepas;


    • Membuat penilaian dan refleksi untuk penambaikan kaedah kursus yang dijalankan.

    • Menjalankan peneguhan.

Thursday, January 28, 2010

Tugasan1 dan 2 : Kajian Kepustakaan

JURNAL 1

Tajuk Jurnal : The Teaching of Novice Computer Programmers: Bringing the
Scholarly-Research Approach to Australia

Penulis : Tony Clear, Jenny Edwards, Raymond Lister, Beth Simon, Errol
Thompson and Jacqueline Whalley

Sumber : Proc. Tenth Australasian Computing Education Conference (ACE2008),
Wollongong, Australia


Menurut Tony Clear, Jenny Edwards, Raymond Lister, Beth Simon, Errol Thompson dan Jacqueline Whalley dalam jurnal mereka The Teaching of Novice Computer Programmers: Bringing the Scholarly-Research Approach to Australia. Menurut mereka berlaku penurunan kemasukan pelajar dalam bidang IT terutamanya pengaturcaraan komputer. Hal ini berlaku disebabkan kejatuhan perniagaan dalam dot-com, kelemahan pengajaran dalam pengaturcaraan pada peringkat sekolah menengah dan juga imej yang rendah kepada pekerjaan pengaturcaraan komputer.

Para penulis jurnal juga mendapati, bilangan pelajar wanita dalam bidang pengaturcaraan adalah lebih kecil berbanding dengan lelaki. Pendapat ini disokong oleh Edward dan Kay (2001) menyatakan program istimewa dalam universiti telah menyebabkan perubahan kecil berlaku setelah 20 tahun. Dalam laporan yang ditulis oleh McGettrick et al. (2004), para pendidik gagal untuk memperkenalkan program pengaturcaraan merupakan faktor yang membawa kepada kurangnya bilangan pelajar dalam program komputer yang ditawar. Para penulis menyatakan ramai pelajar pengaturcaraan tidak boleh mengaturcara dengan baik seperti mana pensyarah mereka.

Menurut (Chi et al., 1988; Ericsson & Smith, 1991) terdapat berbezaan antara pengaturcara yang mahir dengan yang baru. Pengaturcara yang baru. Pengaturcara mahir boleh mengurus pengetahuan dengan lebih sofistikated dan keluwesan bentuk berbanding pengaturcara baru.

Mereka berpendapat, masalah dalam pengajaran perlu dijadikan masalah penyelidikan. Melalui cara ini, akan dapati membantu memantapkan program dan juga kepakaran pengaturcara terutamanya pengaturcara baru. BRACElet Project First Iteration (2004) merupakan jawatankuasa yang mengkaji pembelajaran permasalahan berkaitan dengan pengaturcara baru sebagai pengkaji dan ketua latihan pengkaji.

Jika dilihat daripada pendapat yang dinyatakan memang terdapat penurunan dalam bilangan pengaturcara komputer di negara kita. Adakah salah sistem pendidikan di negara yang tidak menitik-beratkan kepentingan pengaturcaraan ataupun memang pekerjaan ini tidak disukai oleh pelajar. Jika ditanya apakah pekerjaan yang diminati, rata-rata akan menjawab selain pengaturcara komputer. Sebagai seorang pengkaji, penulis merasakan perlunya dijadikan pengaturcaraan komputer ini dijadikan salah satu mata pelajaran pada peringkat sekolah rendah lagi. Melalui cara ini, program pengaturcaraan akan dikenali, diminati dan sekaligus menjadi pilihan pertama dalam bidang pekerjaan.


JURNAL 2

Tajuk Jurnal : 10 Things I've Learned About Teaching Online

Penulis :

Sumber : September 8, 2009


Menurut penulis jurnal kali pertama beliau berfikir tentang pengajaran dan pembelajaran dalam talian beliau merasakan banyak yang perlu dipelajari, banyak kerja dan beliau sendiri tidak mengetahui makna pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Setelah hampir 5 tahun mempraktikan pengajaran dan pembelajaran dalam talian beliau memperturunkan beberapa persoalan dan dapatan mengenainya.


Antaranya penulis berpendapat p & p dalam talian memerlukan kerja yang banyak. Ini kerana guru perlu memperuntukkan masa yang banyak untuk meletakkan bahan untuk pengajaran. Penulis menyatakan beliau memperuntukan beberapa minggu untuk memyediakan bahan pengajaran dalam talian. Pendapat penulis ini boleh diterima kerana pengulas sendiri mempunyai pengalaman dalam menyediakan bahan p & p dalam talian iaitu menggunakan MOODLE. Bagi menyediakan bahan yang tersusun, pengulas perlu mencari bahan, sebagai contoh mengimbas gambar, menbuat nota dan juga menyediakan soalan. Hal ini memerlukan masa yang agak lama untuk menyiapkannya.


Pengajaran dan pembelajaran dalam talian turut menghadapi masalah tentang perjumpaan bersemuka. Agak sukar untuk memastikan pelajar berada dalam talian pada masa yang tertentu dalam masa yang sama dan pelajar juga pelajar yang tidak mengakses. Justeru itu, adalah agak mudah perjumpaan bersemuka diadakan dengan pelajar. Ini kerana dengan bersemuka, bilangan belajar dapat ditentukan dan sebarang pertanyaan dan persoalan dapat diatasi dalam sesi bersemuka berbanding pengajaran dan pembelajaran dalam talian yang lebih terhad kepada tugasan yang ditetapkan sahaja. Selain itu, guru atau pensyarah yang menggunakan p & p dalam talian ini terpaksa menjawab soalan yang sama berulang-ulang kali. Ini agak merumitkan.


Pengajaran dan pembelajaran dalam talian memiliki banyak kelebihan dan juga keistimewaan berbanding pengajaran di dalam kelas. Contohnya animasi, audio dan video. Walau pun begitu tidak semuanya sesuai untuk digunakan dalam p & p.


Aktiviti 3 : Kajian Analisa Keperluan

Tes

Aktiviti 2 : Isu, Masalah, Penyelesaian dan Cabaran


Fikirkan apakah isu, masalah, penyelesaian dan cabaran dalam salah satu daripada pengajaran pengaturaan dalam pendidikan komputer.




















Isu
Pelajar mudah menjadi bosan dan berasakan kursus pengaturcaraan adalah sukar.
Masalah

Pelajar hilang minat dan keputusan peperiksaan dalam kursus rendah berbanding pengkhususan lain. Antara faktor pendorong:



  1. gaya pengajaran kebanyakan tenaga
    pengajar bagi pengaturcaraan tidak sepadan dengan gaya pembelajaran pelajar

  2. penerimaan
    dan pemahaman pelajar berbeza

  3. ponteng kelas


Penyelesaian

  1. Mengadakan kajian keberkesanan penyampaian oleh tenaga pengajar

  2. Timbulkan minat dan permudahkan cara penyampaian kulian

Cabaran

Memastikan kursus pengaturcaraan ini mudah diterima oleh pelajar adalah lebih tinggi berbanding kursus yang lain


Tuesday, January 12, 2010

Aktiviti 1 : Kaji Mengenai Al-Khawarizmi

Ketokohan sarjana Islam memang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana ketamadunan manusia. Antara sarjana atau tokoh Islam ialah Abu Abdullah Muhammad Ibn Musa. Beliau dikenali sebagai Al-Khawarizmi sahaja (780 - 850) adalah seorang pakar dalam bidang matematik, astronomi dan geografi dari Parsi. Al-Khawarizmi juga dikenali sebagai bapa algebra.

AL-KHAWARIZMI dilahirkan di Bukhara. Nama sebenarnya ialah Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi. Selain itu, beliau dikenali juga sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-karismi, al-Goritmi atau al-Gorism. Nama al-Gorism terkenal pada abad pertengahan. Di negara Perancis pula al-Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism. Di negara Inggeris pula beliau dikenali sebagai Aurym atau Augrim.

Tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. Dicatatkan, beliau meninggal dunia antara 220M dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad kesembilan. Dalam bidang pendidikan terbukti bahawa beliau ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas meliputi bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

Beliau amat terkenal sebagai guru algebra di Eropah dan menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun di Bayt al-Hikmah, Baghdad.

Beliau gemar bekerja dalam balai cerap untuk mendalami ilmu matematik dan astronomi serta pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam.

Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan algebra dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.

Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah:

Sistem Nombor: Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum. ‘Mufatih al-Ulum’ yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.
Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind: Karya ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.
Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah: Diterbitkan pada 820M dan ia mengenai algebra.
Al-Jabr wa’l Muqabalah: Penggunaan secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah: Contoh-contoh persoalan matematik dan mengemukakan 800 soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.

Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan algebra dan hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhur ketika zaman tamadun Islam. Antara karya-karya yang beliau hasilkan ialah Mafatih al-Ulum. Sistem nombor adalah salah satu sumbangannya dan telah digunakan pada zaman awal tamadun Islam.

Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segi tiga sama, mengira luas segi tiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri. Masalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan.

Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falak iaitu pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang.

Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad. Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja. Al-Khawarizmi dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh sarjana Barat. G. Sarton pernah menyatakan bahawa pencapaian-pencapaian tertinggi telah diperoleh oleh orang-orang Timur terutama al-Khawarizmi. Wiedmann pula menyifatkan al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bijaksana. Ini membuktikan al-Khawarizmi telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang matematik dan astronomi.