Thursday, June 24, 2010

Kajian Ke Perpustakaan - Ulasan Buku

Ulasan Buku

PHP & MYSQL online Asas dan Pertengahan: Pengarang Muhamad Rais Abd Halim. Penerbit : Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, 2006. 226 muka surat. ISBN 983-2963-42-7. Ulasan oleh Rahim bin Omar.

Zaman berubah teknologi pun berubah. Sebelum ini pengatur caraan menggunakan HTML begitu terkenal dan digunakan dalam pelbagai organisasi ataupun sekolah. Kini pengatur caraan yang baru pula muncul iaitu PHP. Melalui buku ini, penulis buku ingin memberi pendedahan kepada pembaca terutamanya kepada mereka yang telah memiliki pengetahuan mengenai HTML. Pun begitu, tujuan lainnya ialah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai asa PHP dan MYSQL kepada pembaca yang baru mengenai PHP dan MYSQL. Lengkap dengan langkah demi langkah dan juga tangkapan skrin bagi memudahkan pembaca untuk memahami pengatur caraan PHP.

Apa itu PHP? Penulis menyatakan PHP ialah salah satu bahasa pengatur caraan sebelah server (server-side scripting) yang dibangunkan khas untuk laman web. PHP ialah singkatan bagi Personel Home Page yang diasaskan oleh Rasmus Lerdorf. Pada mulanya ianya hanyalah atur cara yang ringkas bagi mengesan bilangan pelawat ke laman webnya.

Persoalannya mengapa PHP? Mengapa PHP menjadi pilihan? Penulis menyatakan PHP mempunyai kelebihan iaitu dari aspek kemampuan, senang dipelajari, integrasi pangkalan data, kos yang tidak diperlukan, sumber skrip terbuka dan kepelbagaian sistem operasi menyokong penggunaanya. Dalam buku ini penulis menunjuk cara bagaimana pemasangan dan konfigurasi dibuat terhadap apache, php dan MySQL. Teknik yang digunakan ialah menggunapakai perisian third party iatu easyPHP versi 1.8 dan xampp versi 1.5.1.

Penulis memberi contoh yang mudah untuk menulis dan membezakan antara HTML dan PHP. Turut dinyatakan ialah bagaimana PHP boleh digunapakai dalam HTML. Contoh skrip PHP dan HTML

Nama fail : helloworld.php

Echo “Hello”;

?>

Penulis juga menunjuk cara bagaimana menulis PHP bersama HTML

Nama fail : helloworld2.php

---

Hello Word

Echo “Hello World”;

?>

Bagaimana buku ini membantu pengulas dalam mengaplikasi P & P pengatur caraan komputer? Berdasarakan pembacaan pengulas mendapati pada mulanya agak sukar untuk memahami bahasa pengatur caraan. Ini kerana pengulas tidak memiliki latar belakang pengatur caraan. Namun buku ini telah membantu untuk memahami serba sedikit tentang PHP dan yang berkaitan dengannya. Dalam usaha untuk menggunakan PHP untuk membina satu skrip PHP sebagai info dalam portal MOODLE. Contoh skrip pengatur caraan untuk menghasilkan info terkini marquee:

Asas 1

Selamat Datang ke Laman MOODLE SKSBU

Asas 2 - Center

Selamat Datang ke Laman MOODLE SKSBU

Asas 2 – Center (Font)

Selamat Datang ke Laman MOODLE SKSBU


Sesuai untuk Semua

Rujukan

  1. Beginning PHP and MySQL: From Novice to Professional, By W. Jason Gilmore, Apress, Edisi 3,2008

No comments:

Post a Comment